KolumnisSemasa: DAP Rasis! Perlukah Kita Terkejut??
Posted on Thursday, July 29 @ 16:53:09 MYT
Topic: Kolumnis




Dr Novandri Hasan Basri

Apakah kita semua baru hendak terkejut dengan cadangan Tony Phua DAP Sosialis yang mencadangkan agar pemberian diskaun bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah dimansuhkan?

Apakah kita semua baru hendak tahu bahawa pemimpin-pemimpin PKR dan Pas sebenarnya budak suruhan DAP?

Apakah kita semua baru hendak tahu bahawa bantahan Pas Selangor kepada cadangan Tony Phua DAP itu hanyalah sekadar lakonan yang hendak meyakinkan penyokong-penyokong Pas bahawasanya mereka masih berkuasa, walau pun hakikatnya, tindakan mereka itu seperti “anjing menyalak bukit”?

Persoalannya, apakah selama ini kita semua terlalu naif, tidak perasan, tidak peduli atau tidak dapat membaca hala tuju parti DAP?

Sudah banyak bukti di dalam negara ini yang menjuruskan kepada tektik politik DAP yang sangat merbahaya dan keceluparan mereka semakin menjadi-jadi apabila mendapat sokongan PKR dan Pas yang sangat mengharapkan undi DAP.

"PKR dan Pas sebenarnya sudah dirantai DAP. Mereka tak boleh buat apa-apa dan terpaksa ikut telunjuk DAP.

"Ini bukan satu perkara baru sebagai contoh dalam kes penjualan arak, pembukaan ladang babi premis rumah urut dan sebagainya PKR dan Pas hanya jadi “Pak Angguk” dalam pakatan pembangkang", kata bekas Naib Ketua Pemuda PKR, Zahid Mat Arip.


Ketika ini, penulis sedang melihat strategi Pas Selangor. Apa lagi tindakan mereka selepas ini?

Apakah Pas Selangor akan membangkang sekeras-kerasnya?

Percayalah bahawa tindakan Pas Selangor itu bakal memakan diri mereka sendiri. Penulis akan ulas dengan lebih terperinci selepas ini.

Satu lagi yang kita perlu baca ialah motif tindakan Tony Phua tersebut dan parti Pas Selangor yang tiba-tiba bersuara lantang. Mereka mungkin cuba mewujudkan persepsi kononnya Pas Selangor berkemampuan untuk menjinak dan menyakinkan Tony Phua DAP supaya menarik balik kenyataan beliau itu.

Pas Selangor akan dilihat sebagai penyelamat Melayu di Selangor dan dalam masa yang sama, imej Pas Selangor boleh meningkat. Malangnya, Pas Selangor akan terhutang budi kepada Tony Phua dan parti DAP kerana membantu mereka.

Jika itu berlaku, DAP akan semakin berasa kuat sebab Pas Selangor terhutang budi. Beginilah strategi yang digunapakai oleh DAP di negeri lain seperti Pulau Pinang.

Seperkara lagi, penulis akan membincangkan strategi DAP di Selangor dan sebenarnya telah dipraktikkan di Pulau Pinang. Buka mata kita ini seluas-luasnya tentang masaalah di Pulau Pinang selepas parti DAP mengambil alih kerajaan negeri.

Sungguh menarik !!!


 
· More about Kolumnis
· News by admin


Most read story about Kolumnis:
Buli Dan Masalah Sosial Pelajar : Satu Penyelesaian



 Printer Friendly Printer Friendly




Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (UMNOYOUTH), Hakcipta Terpelihara.
All logos and trademarks in this site are property of their respective owner.
The comments are property of their posters, all the rest by Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia